Tentang Che’Nor Sambal Ikan Masin 160g
Sambal Che’Nor untuk Siri Garuda telah mengeluarkan sambal basah ke-2 mereka iaitu Sambal Ikan Masin dengan menggunakan isi ikan masin mayong yang segar.
Ia memang sedap dan isi berwarna putih, tidak terlalu masin dan digoreng garing sebelum digaulkan dengan Sambal Cili Api hijau yang segar.
Cili api hijau dipilih untuk mendapatkan rasa kepedasan sederhana Sambal Hijau yang fresh dan warna yang menyelerakan.
Rasa keseimbangan di antara cili dan bebawang membuatkan Siri Garuda Sambal Ikan Masin Che’Nor ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih panas tanpa sebarang lauk pauk lain malah sangat sedap dijadikan pes sayur goreng ataupun pes nasi goreng ikan masin.
Berat Bersih: 160g
Ramuan: Bawang, Lada Hijau, Asam Jawa, Minyak Sawit, Garam Himalaya, MSG, Bawang Putih, Gula, Ikan Masin.
Reviews
Clear filtersThere are no reviews yet.